SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Monday, November 29, 2010

5 bulan berlalu

Masa berlalu dgn amat pantas.. "amat" pantas ya, saya rasa baru semalam berkahwin..hihi ;)
Banyak yang saya pelajari bila hidup berdua. Berkongsi segala galanya. Jom tgok apa yang saya pelajari dari perkahwinan selama 5 bulan ni;

1. Berkongsi apa sahaja. Makan, pakai, tempat tido, rumah, boleh dikatakan semua la..

2. Menghormati suami sbg seorang suami, bkn kawan2 kita atau bukan boyfriend kita. Hormat kpd suami ni lain dan istimewa sgt ;). Berckap dgn sopan, tidak meninggi suara walaupun dlm keadaan penat.

3. Bertolak ansur dan membantu suami mengurangkan beban suami.

4. Memahami keadaan sisuami. Jika dia dalam kesusahan/dilanda masalah, perlu memahami. Jgn nk ngada2 menambah beban dikepala dia pulak.

5. Buat kerja rumah spt membasuh baju (tau bila perlu basuh baju & lipat baju. Suami saya tolong sidai) dan memasak (tp kebanyakannya suami yg masak, saya tolong2 je. Tak kisah sbb bukan tugas isteri pon memasak ni. Tp mmg saya ada niat nk blajar memasak. Banyak sumber skg ni kalau nk blajar. cuma nk dgn tak nk je). Kemas rumah juga adalah penting. jgn biarkan rumah bersepah.

6. Minta maaf dan selalu memaafkan. Kalau kita merajuk, bila dah sejuk sket, cepat2 mintak maaf. kalau kita buat dia sakit hati ke marah ke, terus mintak maaf.

7. Selalu ber'Terima Kasih'. "thank you' atau 'doumo' ke ape2 je lah untuk mengungkapkan terima kasih kita kpd pasangan. kena selalu lafazkan. Dia tolong sikit pun kena ucap terima kasih tau. sbb dgn itu, dia akan rasa dihargai sgt2. Dan sudah pastinya dia pun akan buat begitu juga ;)

8. Banyakkan bersabar. Kdg2 masing2 penat, mmg menguji kesabaran. kena pandai2 la masing2 ;-)

9. Mendalami ilmu rumahtangga dan banyak membaca sbb kalau kita main redah je, banyak yang kita akan rugi. Contohnya membuat sesuatu untuk suami kalau kita tak niat kerana Allah, maka pahala yg kita dapat tak seperti berkhidmat kpd suami..ermm lebih kurang mcm tu la yg saya baca..

Itu sahaja yang terlintas difikiran saya buat masa ni. Nanti kalau ada lagi saya tambah kendian la.

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top