SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Wednesday, October 20, 2010

iKhLaS

Selamat pagi, good morning, ohayou gozaimasu...

Ikhlas ke kita dalam kehidupan sehari hari?
Keikhlasan sgt2 penting sebenarnya. Tipu la kot kalau cakap ada org yg tak pernah rasa riak, sombong, menunjuk2 dalam diri/hati dia. Mesti ada sikit sebanyak, kan? cuma apa yang perlu dilakukan dan boleh dilakukan ialah dgn terus beristigfar dan terus niat ikhlas kerana Allah. Penting tau!

Contohnya jika kita buat kebaikan.. mmg la kdg2 kita sorok2 tapi tk mustahil someday kita dok bercerita pasal tu dgn hati yang bangga... terus hapus amalan baik kita tu tau.. maksudnya kalau ko derma 1juta kt masjid ke bg kt anak yatim ke.. dgn niat nk bangga2, terus ko dapat zero dari Allah.. maksudnya ko akan rugi je la duit tu.. haaa amacam, rugi tak? jadinya kita kena perbetulkan niat dalam apa jua perbuatan kita.

Dari segi berpakaian, makanan dan segala2 perbuatan harian kita ni mmg kita kena sertai dgn niat. Dan hendaklah ikhlas keranaNya.

Raya haji dah dekat... jadi sesapa yg mengerjakan 'korban' tu perlu juga perbetulkan niat. bukan nk menunjuk2 dia ada duit or what.. 'aku mengerjakan ibadah korban ikhlas kerana Allah'. Takperlu canang2 kt org yang ko mampu korban tu.. nanti terus tak dipandang Allah.

**hari ni ada tazkirah mengenai 'ikhlas' daripada ustaz muda.. sejuk je hati tgok muda2 dah jadi ustaz. nama pun hafiz, asal dari kelantan tapi x bunyik sgt slang kelate dia... bagus la dia(terus berangan2 nk hantar anak lelaki belajar tahfiz)..

>> peringatan untuk diri saya sendiri juga ;)

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top