Saya kan suka pikir.. benda2 mcm ni pon selalu nk pikir..hihi
Tergerak dalam minda dan terus mnghantar mesej ke hati dan ke otak (abaikan flow yang takde kena mengena) "macamne kalau kami (keluarga kecil saya) mempunyai satu kereta sahaja?" macamne nk g keje? Boleh ke? Atau kena beli 1 lagi kereta?
Saya tgok ada family ada satu kereta je macam OK je diorang.. padahal keje tak sama opis pon.. ada yang keje jauh tapi masing2 pegi hantar wife and ambik wife bila balik keje..
Saya dah biasa manage my time sendiri. saya tak suka tumpang2 org, saya biasa pegi mana2 suka hati saya bila bila masa yang saya rasa OK bergantung pada mood saya. jadi saya mmg drive sendiri dan ada kereta sendiri sejak dari zaman student. saya nk g kelas pukul berapa, break lunch hour nk balik tido ke, nk g lepak mkn ke, janji saya tak menyusahkan org...Tapi bila nk share kereta dgn suami sendiri, takkan la saya rasa menyusahkan kot..haha pastinya OK je lebih2 lagi kalau saya tak perlu drive. Serius saya dah bosan driving..huhu
Saya rasa macam worthless kalau beli kereta satu lagi utk family kecik mcm saya (yg belum ada anak lagi ni). Kalau keje dekat2 ok je satu kereta.
Bagi saya lagi, daripada dok bayar bulan2 kt loan kereta, baik bayar duit rumah. so, boleh duduk rumah yang agak selesa sket. Beli rumah mmg berbaloi. beli kereta tak berbaloi.. ni pendapat saya je la. saya tak tahu org lain mcmne. Kalau lebih dari mampu, takpe la nk pakai kereta tiga empat biji kot. Tapi tidak bagi saya. saya lebih rela ada dua tiga bijik rumah daripada memiliki dua tiga bijik kereta.
Tapi kalau dah keperluan, KENA la jugak ada at least 2 kereta, kan? Nanti ada anak esok2 sorang satu la kereta kt rumah. jadinya kena la beli rumah besar sket sbb nk letak kereta2 mereka semua tu..ye dop? hahaha jauhhhhhnya pikir ;p
Saturday, October 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramai jugak yang baca entry ni.....
-
Entry kali ni mengenai jerawat yang semakin menjadi jadi... uwaaaaa dah la majlis dah tak lama.. so worried about my jerawat la! mmg lately ...
-
Tgahari td aku men'design'kan baju kebaya yg akan ditempah untuk majlis bertandang nanti... ermmm aku blom tempah lagi...huhu harap2...
-
Pernah tgok tak "BET" kt plaza2 tol? saya sebenarnya tk pernah sblom ni. tapi, sejak saya dok cni bulan 6 ari tu, saya jadi 'a...
-
Dalam agama Islam dikenal empat buah kitab yang wajib kita percaya serta kita imani. Jumlah kitab suci sebenarnya tidak dijelaskan dalam Alq...
-
TATKALA kedudukan ekonomi Malaysia yang berada dalam keadaan yang tidak stabil, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dikatakan ...
No comments:
Post a Comment
☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆