SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Friday, October 15, 2010

Bila mak saya dah nak pencen

Gambar 'senyum bek bek' adalah hiasan semata2 takde kena mengena dgn entri yg dimaksudkan langsung.
Lagi beberapa minggu lagi mak saya dah nk pencen. Makanya segala persiapan menjelang hari2 pencen (lebih tepat lagi kenduri sempena hari terakhir perkhidmatan) perlu diorganize. Jadi saya call dan berborak2 dgn mak saya mengenai hal2 tersebut. Adik beradik saya yang lain pon macam tu jugak cuma diorang tu sibuk sesangat. saya pulak tak mau mak saya rasa dia sorang je yang sibuk utk majlis tersebut. maka saya mengambil tempat (dgn mendegar dan memberi pendapat) walaupun dari jauh..huhu.

Apa hadiah besday untuk mak? HARUS difikir2kan la.. jom kakak dan adikku, kita perlu diskas ni... harap dapat bagi hadiah yang best sket la utk hadiah besday yang ke 56 ni dan sempena tamat perkhidmatan beliau jugak. (saya sendiri takde idea langsung.. serius macam tak tau nk bagi ape..)

Apa aktiviti bila mak saya pencen? Saya tak pasti dan yang saya pasti, dia pasti BOSAN duduk rumah sorang2...

mungkin;
1) Join kelas2 agama utk bekalan akhirat

2) Bukak business (dah rancang dari awal, tapi dia sorang2 la plak nk running the business. susah sket kalau dia sorang)

3) Duduk rumah, main/jaga dgn cucu2 (ini dia dah ckp awal2, dia tak nak. saya pon sokong. mmg tak patut dia jaga cucu bcoz dia dah besarkan kitorang dari kecik. kalau ada helper kt rumah tu, then dia tgok2kan je takpe jugak)

4) Jalan2 pusing malaysia dan negara lain yang menarik. (idea bagus tapi memerlukan anak2 ikut. jadi kena la plan betul2 coz anak2 semua keje makan gaji. perlu ambik cuti bagai la..)

Kebetulan pulak mak saya pencen (last day berkhidmat) tu 2 hari sebelum raya haji..huhu terasa mcm leceh la plak nk plan cuti2 ni. tapi ada jugak la kebaikan dia, kitorang boleh cuti lamaaa sket utk raya haji.. (tu pun kalau bos approve dan takde ape2 meeting dgn org jepun). So kesimpulannya kami bakal bercuti selama seminggu utk raya haji nanti..yeay!

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top