SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Wednesday, September 1, 2010

Syurga didunia

Pagi tadi saya ada tazkirah seperti sebelum2nya jugak.. Setiap hari Rabu, 8.30pg saya ada tazkirah. Bezanya cuma di bulan Ramadhan ni, lepas tazkirah, xde la makan2 ;)

Hari ni mengenai alam barzakh (entah betul ke tak ejaannya)

Ustaz cakap, syurga dunia ni ada 3 iaitu;
1. Isteri yang solehah
2. Rumah yang luas (besar)
3. Kereta yang selesa


Hal no 1 tu semua org tahu, macam biasa la kan, syurga la bagi mereka yang mendapat isteri yang solehah.. maksudnya suami yang mendapat isteri solehah, seperti berada di syurga. Tu baru dunia..tak dapat bayangkan kalau di syurga betul2 nanti.. mestilah berganda2 lagi, tak terbanding dgn dunia nih.

No 2 plak, rumah yang luas. Ustaz cakap, kita kena duduk dalam rumah yang luas.. Ini Nabi yang cakap. So kalau beli rumah yang agak kecik tu, sila la besar2kannya. Ustaz ckp ini adalah untuk keselesaan kita sekeluarga. maksudnya utk suami isteri dan anak2 mereka. Jadi, jom beli rumah BESAR ;)

No 3 plak, nabi cakap 'tunggangan' yang selesa (kalau zaman dulu tu, unta dari baka yang baik). So, aplikasi dizaman sekarang ialah KERETA yang baik. Sebab tu la kita disarankan supaya membeli/menggunakan kereta yang BAIK. ELOK la maksudnya.. bukan kereta yang cikai2 ya ;p

Semua tu ustaz yang cakap. Ustaz ckp ni mmg ada dalam hadis ke kitab macam tu.. huhu saya lupa daa.. Tapi ini mmg disarankan oleh Nabi kita..

Lepas tu, saya pon berpikir sorang2 masa tazkirah tu.. ermmm mmg la eh, saya tgok orang warak2 ni mmg ada rumah besar, kereta besar, isteri besar... rupa2nya disarankan oleh Nabi S.A.W...

Sebenarnya ni la first time saya dengar pasal ni. Saya mmg x pernah dgr sblom ni...

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top