SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Friday, August 20, 2010

Gemuk? Suratan atau kemahuan?

Ni saya baca dalam Harian Metro. Just nk share kt sini.

Norlaila Hamima (Harian Merto) dalam artikelnya bertajuk Ubat penenang menyatakan bahawa kegemukan boleh memberi kesan negatif kepada mental dan psikologi seseorang.

Keegoan seseorang itu boleh terjejas apabila dia mengalami masalah kegemukan. Mereka mudah berasa murung, gelisah, cemas dan malu bergaul dengan orang lain.

Jadi tak perlulah kita senaraikan masalah-masalah lain seperti sukar memilih pakaian, ditinggalkan pasangan, menjadi mangsa buli dan sering diejek oleh kawan-kawan, masalah kesihatan kronik seperti diabetis, lemah jantung dan sebagainya kerana itu semua anda pasti telah lebih maklum.

Selain daripada kesan secara langsung kepada aspek kesihatan fizikal, obesiti juga memberikan kesan secara tidak langsung kepada aspek psikologi dan sosial.

Di barat, orang yang obes seringkali dikaitkan dengan keadaan murung atau mengalami tekanan emosi akibat daripada keadaan fizikal mereka seperti mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah.

Menurut GregorySimon M.D, (2008) wanita pada pertengahan umur lebih murung apabila mereka obes. Peningkatan berat badan kesan daripada pengambilan makanan yang tinggi kalori akan menyebabkan wanita mengalami kemurungan.

Obesiti dan kemurungan saling berhubungan antara satu sama lain kerana apabila seseorang itu mengalami peningkatan berat badan, mereka akan mengalami kemurungan dan akan bertambah murung sekiranya individu terbabit sukar untuk menurunkan berat badan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Banyak penyakit kalau kita obesiti, kan? Jadi, jom kita mulakan mengira kalori setiap kali makan (hahahahah tk daya weh nk kira kalori!)

Saya makan je apa2 saja asalkan makanan tu SEDAP. Biasanya yang SEDAP tu la yang tinggi kalori, kan?

Tapi tu la, nk kena balance balik dgn exercise. Walaupun saya rajin ke gym, tapi tak selalu jugak saya pergi. contohnya bulan puasa ni..mana la larat, kan? hihi mau pengsan kalau pegi gym puasa2 nih. Kalau takde kawan pon saya berkira kira jugak nk pegi sensorang sbbnya nanti bosan ataupon ada geng lain yang tak best kt ctu. so, mesti saya malu2 gitu nk buat exercise sorang2, nanti dioang pandang2 je..hahaha, itupun alasan tau ;p

Kalau nk ajak encik abang saya jogging, ermmm alamatnya mmg TAK la.. Puas tau saya memotivasikan beliau...

* Abang, masa belum ada baby ni la masa kita nk jogging or exercise
* Abang, baik kita mulakan dgn jalan2 kt area rumah ni je dulu, takyah la pegi tasik semata2 nk jogging. Kita mula je dulu, pastu nti mesti rajin nk buat lagi..
* Abang, tak elok la kita takde exercise, nanti darah tak jalan dgn betul
* Abang, naik la basikal exercise yg ada kt rumah tu. sambil tgok tv pon boleh exercise.
* Abang, skipping pon elok, bang.


*** dan macam2 lagi la pujuk rayu isteri dia nih tapi, tu la kan? Kalau betul2 nak, hati sendiri la yang kena kuatkan azam nak buat. kalau takat orang yag ajak, mmg tak jadinyer..hihihi

dedulu bukan main lagi, "nanti sayang control makanan abang eh".... huhu sekarang, mana hilang semua tuh? Tapi bab kontrol makan ni, saya tak buat sangat la. Coz saya cukup kesian la tak nk bg dia mkn apa2 yang dia rasa nk mkn... ermmmmm.

2 comments:

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top