SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Monday, August 30, 2010

Duit raya?


Budget duit raya tahun ni makin bertambah ke makin berkurang? maksud saya budget untuk korang bagi duit raya tahun ni makin bertambah ke daripada tahun2 yang sudah?

ermmm saya rasa tahun ni, saya TERPAKSA bagi mak saya kurang sket daripada tahun2 yang sudah. uwaaa kalau dulu2 saya bagi mencecah empat angka tapi tahun ni saya macam TERPAKSA bagi kurang sikit. Kenapa eh? dah ada tanggungan ke? hahahha macam dah ada anak jek.. padahal baru je hidup berdua..

1. Saya baru nk mulakan hidup
- budget untuk minyak kereta saya bertambah walaupun kereta tu saya guna untuk pegi keje balik keje sahaja. Sebab kilometer bertambah dan bertambah JEM... belum ditambah dgn krem kaki menekan pedal clutch(kereta manual). TOL yang tak pernah saya lalui ketika bujang terpaksa saya TEMPUH... Setiap bulan saya membelanjakan untuk semua tu. Kalau stay dekat or boleh pegi keje dgn suami kan best? Tak perlu la saya spend benda2 mcm tu. boleh save apa,kan? nani duit tu boleh buat beli barang2 rumah. Suami saya lagi la, bulan puasa punya TOL mmg banyak weh sbb dia lalu jalan yang [paling cepat nk sampai rumah. sbb nk berbuka dgn saya. kalau ikutkan jalan biasa, mmg berbuka dlm kereta la dia). Jadik, kalau ditambah kedua2 budget MINYAK + TOL tersebut, mmg banyak la, kan?

kos hidup di KL mmg mencabar keimanan berbanding kos hidup di tempat lain. tapi saya nk jugak hidup disini... jadi, kena la terima, kan?


2. Rasanya saya perlu belikan sesuatu untuk mertua juga
- belum terlintas nak beli apa. Atau bagi saja duit raya topup kepada suami utk diberi kpd mertua saya.

saya rasa better beli sesuatu yang membuatkan mertua saya gembira dgn benda tersebut, tapi nk beli apa ek? pikir pikir pikir


3. Roadtax kereta saya dah nak mati
-dan dan raya jugakla roadtax kereta saya mati..huhuhu sangat mencabar, okay?!
jadi, haruslah saya spend untuk benda alah tu.. kalau tak, sapa mau bayar? nk harapkan suami saya? mungkin tahun depan la bagi dia bayar pulak. (haaa tgok, tgok, saya seorang isteri yang memahami, kan?) Dia banyak menanggung belanja sebab baru nk sesuaikan diri menjadi KETUA keluarga. Jadi, saya tak nak la dia terkejut dan pengsan nanti.

Daripada sebab dan alasan yang begitu kukuh diatas, tak dapatla saya sponsor langsir baru atau sofa baru untuk mak saya tahun ni. Insyaallah next year eh adik beradik ku syg... Raya haji pon tak sempat nk sponsor nih.. mana nak pindah rumah lagi nak beli itu ini...;/

So, kesimpulannya banyak nak pakai duit bulan ni dan bulan depan. Jadi, duit raya pon sekadar yang mampu saja lah.

1. Mak saya
2. Abah
3. Anak buah saya -5 org
4. Tok ayah saya
5. Mak mertua1- ?
6. Mak mertua2- ?

anak2 buah suami? saya angkat tangan ya..surrender beb.

Saya ada 2 mertua uols.. saya rasa macam nk bagi jugak kot. Sikit pon takpe, kan? asalkan ikhlas ;-)

Ermmmm so, saya rasa RAYA tahun ni saya memang akan beraya dalam keadaan sederhana sahaja. Asalkan bahagia dan gembira ;-)

sapa nak bagi duit raya?

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top