SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Wednesday, May 26, 2010

Sakit gigi

Tak abis2 lagi masalah sakit gigi ni. Actually takde la sakit sangat tapi kadang2 tu mmg berdenyut2 jugak la..huhu :(

Ni daripada research yg I buat sendiri;
mcmni la rupa gigi geraham bawah yg ada masalah tu. Apa yg menjadi masalah ialah dalam bahagian gigi tersebut yg dipanggil 'CANAL'. So doctor nk buat canal prep

Doktor akan buat treatment yg macamni;


Tetapi begitu malang sekali bila semalam, canal yg sebelah je jumpa. Sebelah lagi bersembunyi disebalik tisu2 dlm tuh..huhu bila doktor sentuh canal yg jumpa tuh.. sangat la SAKIT. Canal tu kan terus ke akar...kena saraf2 dlm gusi tu...uwaaaaa boleh menitis airmata tau...so bila dah dekat 30 minit doktor cuba mencari canal yg satu lagi, dia akhirnya pasrah sbb tak jumpa2. I pon dah naik lenguh nganga mulut..huh!
Doktor ckp dia kena tampal sementara dulu (utk tutup balik tempat tu) dan I kena dtg next appointment utk buat treatment... ermmm tau tak bila next appointment? Bukan bulan depan tau, tapi bulan JULY.... bapak lambat giler, okey! So doktor tu letak ubat bg lembutkan tisu. Ubat tu buat I rasa sakit ....

ni la treatment dia semalam bg menutup secara sementara ;

Dengan muka yg kesian, i pon tanya doktor tu:
i: Doktor, tak boleh cabut ke gg saya ni? Saya tak tahan la sakit mcm ni ;(
Doktor: Eh tak boleh. Kita akan buat canal prep utk next appointment. Saya dah cuba td tapi saya tak berani nk usik lebih2 sbb takut kena tulang. Sabar eh...
i: ermmm ok (dalam hati ni mmg xde sapa yg tau. Dah la nk dtg klinik tu jauh. Kena keluar opis half day. Nk menunggu pon punya la lama.. buang masa jer rasanya ;()

Masa buat treatment tu.. tetiba i teringat cerita my mum crita kt i last month. Kawan dia pegi check gigi, dia pengsan selepas doktor tu inject gusi.. ermmm bahaya jugak, kan? maybe dia terkejut sgt or tekanan darah or sbb sakit sgt ke? huhu thats y my mum cukup berhati2 nk g dentist nih.. sbb saraf byak dlm gusi. kalau silap usik, ada yg tak kena nti... so, be careful. Lepas dah doktor ckp dia tk berani usik lebih2 sbb takut kena tulang tu, i dah jadi ngeri dah.. haha kecut perut wes...

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top