Macam sedang fikir2 apa nk buat utk research proposal ni.. org lain dah ada tajuk, dah proceed utk literature review dah.. aku masih mencari2 tajuk yang sesuai.. Memula dah ada tajuk, tapi bila pikir2 balik tajuk tu agak mencabar la plak... pastu tukar tajuk plak, ermmm tajuk yg kedua tu macam kurang mencabar dan tak sure nk relate kan dgn keje... ermmmm skg ni dah pikir2 pasal tajuk baru. Macam nak sangat buat tajuk ni sbb mmg aku selalu research sendiri (buat penilaian dan pikir2 senndiri) mengenai tajuk tersebut.
Tajuk pertama adalah mengenai Malaysian Public University rankings, aku nk buat research mengenai apa effect bila sesebuah universiti tu masuk dlm ranking, misalnya 'World Ranking University' yang seperti QS-Apple buat for a few years tu. AKu sebenarnya selalu dok pikir, apa motif diorang buat benda tu? dan apa kesannya pada universiti tersebut. Personally, aku rasa company yg buat analisis mengenai ranking tu mmg bijak sbb dapat buat business yang mantap. Pastu university2 ni akan pakat2 bersaing dari segala segi untuk masuk ranking yg 200 tu. ermmmm tapi, macamana plak kualiti student dan kualiti pembelajarannya? Semua universiti asyik dok kejar ranking, ermmmm pelik btol la. Mmg la ranking tu penting jugak tapi...ermm ntah la ya. Sebab, aku bertuah dapat ikut professor join meeting dgn secretariat Qs ni last November, aku perhatikan xde pon kriteria kualiti student yg grad. (I mean bape byak student grad dan tinggi pointernya).
Pastu bila QS (company yg buat business ranking) ni highlightkan mengenai international student per year kt sesebuah university, mulala semua univ nk offer international students.... so yang aku nmpak kt cni, seolah2 QS ni plak yang jadi mcm director dan semua univ akan ikut apa kriteria yg dia nak... padahal QS ni sebuah company yg buat business ranking2 ni jer... mmg btol la diorang pon ada specialist dlm bidang education ni.... ermmmmm
Tajuk kedua plak mengenai e-learning kt universiti di Malaysia. Aku tak nmpak sgt univ yang menggunakan e-learning ni terutama IPTA. ermmm mmg ada la macam lecturer load notes kt web. Tapi tu sbnarnya bukan e-learning. e-learning adalah satu system/web yg boleh digunakan oleh student dan lecturer secara berterusan. Ermmm utk bachelor's degree aku buat mengenai e-learning jugak.. tu la sbb aku terpikir nk buat pasal ni. sebab projek tu mcm tak jalan jer... bos ckp kementerian tak bg budget utk teruskan projek tu.... emrmm btol ke or kementerian tak minat dgn projek tu. Tak sure la kenapa ek.. Tujuan aku adalh nk kaji kenapa kt malaysia ni, e-learning tak aktif dan tak digunakan sepenuhnya sedangkan kerajaan dah abiskan duit utk elearning program sejak awal2 diperkenalkan dulu.... something wrong somewhere la rasanya. Tak jadi buat tajuk ni kot sbb takleh setel jugak...nti hang mcm tu jek... tak best.. dan takleh nk link kan dgn keje skg.
Tajuk yang ketiga plak, aku nk kaji pasal apa faktor2 yg menyebabkan student memilih sesebuah universiti kt Malaysia dan persaingan antara IPTA. Aku nk fokuskan pada IPTA sahaja. Benda ni mmg aku selalu terpikir dan mesti ada sebabnya.... Tapi tak sure lagi Prof bagi buat tajuk ni ke tak...hihi...
So mlm ni nk baca paper public management sket, pastu pikir pasal research ni plak... cau cin cau..
Wednesday, January 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramai jugak yang baca entry ni.....
-
Entry kali ni mengenai jerawat yang semakin menjadi jadi... uwaaaaa dah la majlis dah tak lama.. so worried about my jerawat la! mmg lately ...
-
Tgahari td aku men'design'kan baju kebaya yg akan ditempah untuk majlis bertandang nanti... ermmm aku blom tempah lagi...huhu harap2...
-
Pernah tgok tak "BET" kt plaza2 tol? saya sebenarnya tk pernah sblom ni. tapi, sejak saya dok cni bulan 6 ari tu, saya jadi 'a...
-
Dalam agama Islam dikenal empat buah kitab yang wajib kita percaya serta kita imani. Jumlah kitab suci sebenarnya tidak dijelaskan dalam Alq...
-
TATKALA kedudukan ekonomi Malaysia yang berada dalam keadaan yang tidak stabil, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dikatakan ...
No comments:
Post a Comment
☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆