SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Tuesday, May 24, 2011

Second interview

Dipanggil untuk second interview setelah lamaaaaa saya menunggu result. Setelah 2 minggu menunggu baru dapat call untuk second interview. Ape bz sgt ke bos tu. Masa first interview dulu saya macam dah dapat hint yang dia mmg nak ambik saya kerja...tapi selagi belum dapat hitam putih, takyah kau cakap apa la kan. Janji mulut tidak boleh dikira..huhu.

First interview ari tu BOS adalah sgt garang ok. Garang tak ingat. 'bekeng' do'oh. Macamana la aku nk kerja dgn bos bekeng ni. But i believe i can handle org bekeng supaya jadi lebih bekeng dgn org lain bukan dgn saya...hahhahaha ;p

Tapi bila pergi second interview, bos macam baik pulak.. maybe sebab pagi. hehe masa ari tu interview petang. so, agak kusut kot. entah.
Sebenarnya dia nak sangat saya join secepat mungkin. Setelah dikira2 saya akan join company baru beberapa minggu lagi. Baru tadi hantar notis. Dah boleh start kemas2 barang. Mak aiii banyaknya barang2 saya kt office ni. ermmmm berkotak jugak..haha ;p

Harap2 rezeki semakin bertambah. Bila dah start kerja baru, no more blogging2 lagi mungkin kot..hehe (entah, tak sure la mcmne environment baru nti).

Risau, gugup nak berdepan dengan cabarna baru nanti. Dah lama tinggalkan bidang tu. 3 tahun tinggalkan. Nak kena ready mental dan fizikal. Tapi kalau kita tak cabar diri sendiri, sampai bila nak duduk kt sini? setahun lagi? dua tahun lagi? ooohhh tak sanggup dah. Bila dah 3 tahun, dah rasa bosan dah buat benda yang sama.

Saya perlu improvekan diri sendiri. Tak perlu harapkan sesiapa. Fikirkan masa depan...........
**Saya yakin dan nampak yang dia benar2 ingin membantu saya. Bukan hanya untuk kepentingan company dia, but untuk masa depan saya. So, saya yakin dan bersedia menerima cabaran ini. Insyaallah. Semoga ini adalah permulaan untuk saya terus berjaya.

"kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai"

takde kena mengena dgn ombak dan pantai.

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top