SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Wednesday, May 25, 2011

Bingung...

Saya ni dah la adik beradik secoit je. tapi saya sorang je pun yang duduk jauh. Lagi 2 org duduk dekat je. Tapi masing2 sibuk bekerja. sorang sibuknya macam tu sorang pulak sibuknya macam ni. Saya pulak sibuk macam gitu. Ikutkan saya ni boleh je curi2 masa tapi disebabkan jauh (7-8 jam drive) nak sampai ke rumah mak saya, maka saya selalu la rasa berjauhan sgt.....

Makanya, mak saya nak sgt habiskan masa bersama2 kt resort2 ke kt pantai2 ke. nak spend time dgn anak2 dia. sejak anak2 dah kawin, semua dah jadi bini orang. dia macam dah tak rasa macam anak2 dia mcm dulu2. ermm bukan kitorang tak pedulikan dia. tapi entah, mcmne eh mak saya rasa. tak reti la nk explain. so, dia nak kitorang pegi mana2, bukan kt rumah dia skg ni. nak rehatkan minda, tidur semalaman pun jadi lah. Saya ok je. Tapi apa yang membuatkan saya cukup2 risau bila saya nak balik nanti adalah masa cuti skolah. Tau je la kan bila cuti skolah je, resort semuanya nk penuh. time ni la semorang sibuk jugak nk bercuti cutian. Saya balik kali ni rasa macam agak lama tapi ada 2 hari kenduri tolak 1 hari perjalanan tolak 1 hari rehatkan badan selepas kenduri dah tinggal berapa hari je lagi. See? saya dah kata penuh dah untuk cuti2 ni. Tapi kalau saya tak paksa diri jugak, bila lagi? bila lagi saya boleh balik kg dgn lama mcm ni?

Raya nanti? ermmm tak leh cakap sebab raya2 ni org tak tinggalkan rumah. Perompak banyak sgt. lagipun tak manis kot kita g jenjalan nanti ada sedara dtg beraya kt rumah.. ermmm nti xleh bermesra2an . Eh, tapi saya ok je. Mak saya la tak sempat bermesraan dgn anak2 buah dia yg balik kg..haha ;p

Nak dijadikan cerita, kakak saya seorang yg sangat sporting (at least dgn saya. sebab tu saya sayang dia lebih), dia seboleh2 akan ambik masa yang sesuai utk cuti semata2 nk jalan2 dgn saya. So, pagi semalam dia sms tanya bila nak balik and so on. Dia ckp nk tempah resort mana2 and nk adjust on call dia dan sbgainya la. So, saya bagitau dia kalau saya free pun hari ahad. isnin dah nk balik kl. errkkk? maybe dia terkejut kot sebab dgrnya saya nk balik lama. Ermmm lama pun tetap sekejap je rasanya. boleh je nak pegi mana2 hari ahad and bermalam semalaman. isnin tu saya dah nk balik kl. tapi dia ckp kejap sgt la pulak...huuu. Sebenarnya saya ok je kalau mcm tu. Tapi dia pulak nk kena ambik cuti ahad isnin?

Tapi, tapi, tapi..............saya takkan ada masa yg lama untuk famili sebelah suami saya. Ok, kira hari jumaat sabtu je la dgn famili in law saya. Of coz lepas bermalam kt  resort mana2 tu saya terus nk balik kl. takkan nk patah balik? ke macamana? So, HOW? bingung nih! Saya belum pun discuss dgn suami sebenarnya tapi harap2 dia setuju je.

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top