SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Wednesday, April 13, 2011

Trilogi cinta yang membuatkan...

Hari ahad hari tu kan last episod trilogi cinta. Saya tengok sambil iron baju. Takde la nk tgok sgt cuma saya nk tahu kesudahan cerita tu..hehe ;-)

Rasanya ramai kot ingatkan ending cerita ni dgn Norjinah lumpuh sebab gazet dia asyikla dok tunjuk norjinah duduk atas kerusi roda tu sampai ke sudah. pandai betul buat gimik. Padahal takde pun. Masa emosi dia terganggu mmg la kan... giler kau emosi tak terganggu kalau rumahtangga kena ganggu. Adik sendiri pulak tu. Last2 dia admit jugak sebab dia salah sangka. itulah buruknya salah sangka. Maka, marilah kita bersangka baik. tak alih2 je pulak. Nasib baik norjinah tak gila.

Apa yang boleh dijadikan pengajaran dalam cerita ni? Walaupun saya takde la setia tengok tetiap minggu, tapi ada jugaklah saya tengok...hehe ;)

1. Elakkan adik beradik duduk serumah (ni bagi yang dah berkahwin la). Nak nak kalau kita perempuan, adik kita perempuan. Tak mustahil la macam2 boleh jadi. Lebih baik elakkan la sebelum apa2 yang tak baik berlaku. Bukan nk buruk sangka, tapi...

2. Komunikasi suami isteri penting sangat. Berbincang dgn suami sendiri penting daripada menerima bulat2 apa yg org luar bagitahu termasuk adik beradik. Kita tak tahu apa motif dia bagi maklumat. entah betul entah palsu. Setan ada dimana2 je. Kadang2 kita bahagia pun dia nak kacau apatah lagi kalau bergolak. lagi dikacaunya...

3. Utamakan mak ayah. Jangan ignore diorang walaupun diorang selalu marah ke menentang ke ape. Apa2 pun mak ayahlah tempat terbaik untuk mengadu sebab mereka tahu baik buruk sesuatu.Diorang kan ada instinct yang terbaik untuk anak2. Jadi, perlu kita ambik kira apa saja pandangan dan pendapat mereka. Ambik kira bukan bermaksud terima bulat2 ya ;)

4. Jangan terlalu percaya kepada pembantu rumah. Tak semua hati scui bersih. Banyak yang hati hitam legam. So, apa sahaja dari mulut mereka, takleh nk percaya sangat. Siasat betul2 sebelum percaya.

5. Bersangka baik terhadap suami masing2.. eh, tengok keadaan jugak. Pandai2 lah korang ikut gerak hati. Isteri biasanya ada special instinct terhadap suami dia. Ni kebanyakan lelaki tak tahu dan mmg diorang selalu lupa/buat-buat lupa pasal ni ;-)

6. Cintailah suami/insteri anda sepenuh hati. Tak perlu berbelah bagi. hahahaa tetiba je ;p

Ok lah, malas dah nk tulis. Itu je yang penting kot. yang lain biasa2 je ;-)

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top