SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Tuesday, April 26, 2011

Setelah 3 tahun, bersediakan untuk kembali??

Sedang hati ini berkira2 mahu menukar kerjaya, hati menjadi serba salah. Niat sebenar mahukan perubahan dalam career, tapi saya masih teragak2 samada mahu kembali ke bidang yang sudah 3 tahun ditinggalkan atau mahu stay je dalam bidang kerja sekarang ni? Uwaaaaaaa tolon tolon.

Takut sebenarnya sebab dah lama tak pegi interview.. hehehe gugup pun ada nih. tapi blasah la labu. Bolos saje dinding itu ;p

Tapi kalau tengokkan kerjaya saya sebelum ni mmg tiada kaitan antara satu sama lain. Tapi kerjaya sekarang ni la yang paling jauh menyimpang dari bidang yang saya belajar. Tapi disebabkan bos saya percayakan saya, maka dia ambik saya bekerja walaupun saya zero knowledge dlm bidang ni. Tengok, kalau dah org percaya tu mmg takyah nk tembelang sana sini. terus dia suruh saya hantar resign letter kt company lama. tak banyak cakap punya. Tapi yang sebenarnya rezeki itu dtg dari Allah. Bukan sebab bos saya...

Tapi sekarang bila saya nk cari kerja baru, ada la rasa sikit sebanyak perasaan serba salah tu sebab ye la kan, takkan lah hati batu sgt nk blah mcm tu je. Bos saya banyak tolong saya. tapi disebabkan dia makin sibuk, saya rasa terabai...bila dia terlalu sibuk, maka dia takde sedikit ruang utk fikir pasal career development saya. Saya dah beku, dah jadi batu dah ni kat sini sorang2. Maka saya harus blah dari sini secepat mungkin sebelum terlambat. Saya tahu, bila saya hantar surat resign, mesti dia glabah gile sebab bukan senang weh nak cari pengganti.

Saya bermula dari zero. Nothing even file, kertas A4, semua documents mmg kosong. Saya diberi desktop (nasib baik canggih ;p) dgn meja, kerusi, bilik. Lepas tu, pandai2 la saya nk mulakan macamana. So, bila org baru masuk nanti, saya nk kena ajar satu2 ke? sepatutnya dia pun blajar sendiri mcm saya. Ok tak? Baru la fair n square gituh. Tapi masa tu company ni mmg level 0. sekarang dah berkembang, jadi mesti org yg masuk nanti akan blur sedikit sebanyak.

**Terus rasa mcam baru lepas grad. kusut memikirkannya.

1 comment:

  1. paling takut intvw.. mekchu doakan yg berbaek..

    ReplyDelete

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top