SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Friday, April 15, 2011

Sebab menjadi kesayangan

Hawa bertanyakan Adam kenapa Aisyah menjadi kesayangan Nabi. Mungkin sebab Aisyah yang paling muda antara isteri2nya?

Jawapan Adam adalah:

"Walaupun Aisyah adalah isteri Nabi Muhammad yang termuda dikalangan isteri2 beliau, tetapi beliau jugalah antara yang luas ilmu pengetahuannya. Bukan sahaja cantik tetapi juga pandai. Cantik, pandai dan pintar yang terangkum bersama pengetahuan agama, itulah keanggunan sejati. Orang lelaki pun bukan suka sangat wanita yang hanya cantik pada rupa tetapi tiada keanggunan sosial".

"Kecantikan yang terpamer pada tubuh belum dapat menjamin diri menjadi kesayangan suami selama-lamanya kerana kecantikan pada zaman muda bisa sahaja ditelan masa. Ia akan mengikat tetapi tidak menambat hati suami. Tetapi ikatan itu semakin hari semakin longgar"

Kecantikan pula terbahagi kepada dua :
1) Kecantikan fizikal - kecantikan rupa paras yang disenangi
2) Kecantikan sosial - biasanya diindahkan lagi melalui pengetahuan yang dimiliki.

Ok, nanti saya sambung mengenai kecantikan fizikal dan sosial.

Apa yang penting, kita tak perlu mengejar kecantikan fizikal semata2. Tak perlu mengejar bermaksud tak perlu terlalu taksub nak cucuk sana sini semata2 untuk kelihatan cantik. Kadang2 kita taksub tengok orang jual ubat itu ini, semua nak beli. huhuhu kalau ikutkan nafsu mmglah semua kita nak. Siapa wanita yang tak nak cantik? Sebenarnya cantik sekadar sedap mata suami memandang sudah mencukupi. Selebihnya perlu mencantikkan kecantikan sosial. Bijak mengurus rumah tangga, menambah ilmu pengetahuan, pandai bergaul, bijak dalam mendidik anak2 dan sebagainya.

>>Itulah sebab Aisyah disayangi oleh Nabi Muhammad S.A.W. Jom kita teladani sikap Aisyah.
Semua ni saya baca dari buku "Berbunga Cinta Aisyah di hati Rasulullah"
Masa rehat saya tak keluar hari ni. masa yang  panjang tu saya habiskan dgn  membaca buku ni sebab macam dah lama beli, tapi baru baca sikit. Rugi sgt sebab tak baca habis. Ni dah nk habis tapi nk khatam sekali lagi baru boleh praktikkan :-)

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt

    Terima kasih atas kesudian membaca dan memiliki buku tersebut. Semoga Allah mempermudahkan usaha kita dalam memandaikan bangsa dengan ilmu yang bermanfaat.

    ZAMRI MOHAMAD

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Saya memang suka membaca buku2 berbentuk motivasi mcm ni.

    ReplyDelete

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top