SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Tuesday, April 12, 2011

Macamana nak balas jasa?

Jasa ni boleh ke dibalas? tak boleh kot? kalau boleh pun, nilai dia takkan sama. Ok, sekarang saya nk fokus pada jasa ibubapa yang membesarkan kita. Walaupun kita ada anak, kita besarkan anak2 dgn cara kita (yang kononnya semua org claim dialah ibubapa terbaik dlm dunia ni), takkan sama dgn ibubapa yang membesarkan kita suatu masa dulu.

Situasi setiap orang adalah mmg takkan sama. Nilai kemewahan dulu dan sekarang mmg tak sama. Apa yang kita sumbangkan kpd parent kita masa sekarang adalah tak sama dengan apa yang kita sumbangkan 5 tahun lepas, 10 tahun lepas dan mmg tak sama. Nilai kebahagiaan tak sama dgn nilai duit. Nilai masa juga tak sama sama sekali. bla bla bla...bebel bebel bebel...

Contohnya si A ni ckp dia dah cukup berbakti kpd parent dia sebab dia bagi 2ribu ringgit sebulan kt parent dia kt kg nun. Tapi, sikap si A agak kasar, ckp dgn parent pun kasar sampaikan org tua dia mmg terasa hati tiap kali dia bukak mulut. tapi bab duit mmg tip top la sebab si  A paling banyak bagi antara anak2 diorang. Tapi sikap dia yang agak tidak disenangi tu membuatkan parent dia kerap kecik hati.

Si B pulak rasa macam eh, apsal aku bagi sikit je 2ratus ringgit je yg dia mampu. So, si B rasa macam dia seorang anak yang tak berbakti pada parent dia. Tapi sikap si B ni selalu menyenangkan hati parent dia. selalu jenguk kt kg dan kalau bercakap mmg mengambil hati org tua je selalu. parent dia senang kalau bercakap dgn dia walaupun dia hanya mampu bagi sikit je tetiap bulan.

Ok, back to the point. apa yang saya cuba kongsikan disini, berbakti kpd org tua ni banyak cara. Bukan DUIT semata mata. sesetengah parent ni mmg diorang berduit dah. lebih dari apa yang anak2 ada pun. Tapi mmg ada yang masih mengharapkan anak2 sebab mereka agak kurang berkemampuan. itu depends on situation masing2 la kan. Jadi, kita sebagai anak, perlu mengambil tahu situation parent kita.

Beberapa cara yang boleh diguna selain memberi 'duit';

1) Memberi perhatian dan selalu bertanya kabar walupun tinggal jauh. Kena selalu call, atau balik kg, tanya kabar kesihatan dan sbgainya. Termasuk bertanya kabar mengenai rumah tempat parent tinggal samada ada kerosakan atau sebagainya.

2) Memenuhi  permintaan. Biasanya ada yang dia suka buat. Contohnya ajak pegi pasar/pasaraya walaupun takde benda pun nak beli. So, temankan lah dia. layan kan je janji ikhlas ;-)

3) Bercakap dgn lembut. Tidak melukai hati mereka. Jgn sesekali membuatkan mereka bersedih dan terasa hati dgn kata2 kita.

4) Tunjukkan yang kita sayangkan mereka. Prihatin bila mereka memerlukan atau semasa mereka sakit demam. Jadi kawan baik kepada mereka. tu pun salah satu tanda kita sayang. banyak lagi kot cara menunjukkan kita sayang.

5) Selalu doakan mereka setiap kali solat ;-)

Bukan tujuan membalas jasa mereka (sebab tak terbalas jasa merkea terhadap kita) tapi sebagai bukti kita sayangkan mereka dan tanggungjawab kita sebagai anak.

**saya belum habis baca buku *Good Mother Bad Mother*..huhu takde masa kononnya. semua tu alasan. Banyak pengajaran yg saya dapat dari buku tu ;-)

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top