SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Monday, April 25, 2011

Bila berjauhan :(

Pagi tadi suami cakap mak masuk spital lagi. Uiiish macam serius je. takut plak saya tapi encik suami ckp dia takleh cuti sampai khamis ni. ermmm nasib baik ada anak buah yang free, dia tolong jaga kan mak mertua saya. Tapi sedang berkira2 nak balik jugak ni. Saya ni bukan ape, hari sabtu saya ada kelas. Tapi telah datang *ting dalam kepala mcm nak ponteng.....ssshhhhhh ;p

Mak tu dah demam berapa minggu dah. tapi saya call jumaat lepas dia dah tak demam tapi kencing manis mmg tinggi lah. bila suami ckp mak masuk spital, terus rasa panik. kesian jugak sebab anak2 lain walaupun duduk dekat tetap sibuk dgn hal masing2. mak pulak tak suka menyusahkan. kitorang pulak duduk jauh nau. boleh je balik temankan dia pegi kt spital. tapi dia pun takut nk g spital mcm saya. bukan dia takut nk jumpa doktor, cuma takut doktor suruh masuk wad sebab kencing manis tinggi sgt2.

Sebenarnya jauh tu bukan alasan. Tapi saya ni pun susah nak cuti. Orang jepun nun nak datang pulak dah haaaa... tension pulak time2 mcm ni la dia nk dtg. Elok2 je kalau balik hujung minggu ni. Eh, 1 Mei tu dia bawak ke 2 Mei ke eh? ke saya konfius nih? ye ke? Bos jepun pulak sibuk2 je nak datang 3 Mei.. kalau tak, boleh ambik sehari dua lagi. ermmmmm :(

Saya cukup simpati sgt dgn mertua saya. Dia sakit kencing manis dah tahap kritikal. Kadang2 sihat, kadang2 tak berapa sihat. Masa dia sihat, mmg suka memasak dan mengemas. tapi bila tak sihat, duk terbaring je sorang diri kt rumah tu. Simpati sgt dan rasa macam menyesal duduk jauh sgt sebab tak dapat berbakti kpd beliau (eh tetiba guna 'beliau' ;p). Bukan ape, kalau saya kerja dekat2 sana kan boleh jugak bawak dia pegi checkup kt klinik ke spital ke. Ni tak, jauh nau. Mmg balik pun 2 atau 3 bulan skali. Balik pun penuh dgn aktiviti2 kekeluargaan lain. Ye lah, kalau satu negeri dan dekat pun susah oo nak bahagi masa. kejap terkejar kesana kejap terkejar kesini. Pasal badan penat takyah cerita lah. kalau time ada kenduri lagi la. pengsannn..
Harap2 mak mertua saya kembali sihat.. esok lusa insyaallah kami balik.

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top