Hari ape entah (dah lama kot), ada tengok rancangan 360 kt tv3 tu. Kebetulan pasal anak luar nikah dan remaja yang sewenang2nya membunuh/menggugurkan kandungan mereka. Entah la mmg masalah ni masalah serius sgt sekarang ni. statistik menunjukkan Selangor lebih 12ribu kes tahun lepas. Belum campur negeri2 lain. Bukan KL dgn bandar2 besar je ada masalah ni. Negeri2 kecik kelantan terengganu pun ada banyak kes mcm ni. Boleh bayangkan tak kerosakan akhlak anak2 muda sekarang?
Remaja muda2 yang dah TERmengandung ni biasanya diserahkan kepada pusat penjagaan/kebajikan sehingga mereka bersalin. Tak sure lah demi menutup malu keluarga atau juga mungkin tempat tu menyediaan pendidikan agama bagi memulihkan akhlak mereka. Dalam banyak2 kes, kes mengandung anak luar nikah la yang paling banyak. Ada jugak kes remaja perempuan yang terlalu liar/sosial dan dihantar ke tempat tersebut untuk tujuan pemulihan. Tapi majoriti semua bawak perut yang tak berbapa. Bukan tak berbapa, cuma tak tahu sapa bapak dia dan kalau tahu pun, belum tentu bapak budak tu nk ngaku, ye lah, bukan ada duit nak bela anak bini, kan? sekolah pun belum habis lagi..
Daripada kisah yang dipaparkan tersebut, saya memang agak kesian/terkedu lah. mmg ramai sangat remaja perempuan yang manjadi mangsa. Kebanyakan rumah2 kebajikan menyediakan tempat perlindungan untuk remaja2 perempuan ni. Tetapi, yang menjadi persoalan saya, remaja perempuan (yang menjadi mangsa walaupun sesama gedik gatal) sahaja yang kena duduk blajar agama demi memulihkan akhlak? so, yang membuatkan diorang bunting tadi, pegi mana? opppssss harapan untuk lelaki2 yang telah membuntingkan remaja tadi adalah tinggi untuk pegi kacau remaja prempuan yang lain pulak. seterusnya, menambahkan lagi bilangan perempuan yg gatal gedik ni kt rumah kebajikan ni. tapi, lelaki tadi bebas berkeliaran mencari mangsa lain yg seterusnya. sampai bila????
Pelik la kan, kenapa hanya perempuan sahaja yang menjalani pemulihan akhlak ni? mana pegi lelaki yang rosak akhlak? masih bebas berkeliaran? sedangkan rosaknya perempuan pun disebabkan oleh lelaki2 yang rosak. Mungkin ada (tapi sebab tak pernah siar kt tv pon, so saya tak tahu), tapi tak pernah pun nk siarkan kt tv supaya yang lainnya insaf dgn perbuatan diorang. asyik tunjuk yang perempuan jer....
Tuesday, March 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramai jugak yang baca entry ni.....
-
Entry kali ni mengenai jerawat yang semakin menjadi jadi... uwaaaaa dah la majlis dah tak lama.. so worried about my jerawat la! mmg lately ...
-
Tgahari td aku men'design'kan baju kebaya yg akan ditempah untuk majlis bertandang nanti... ermmm aku blom tempah lagi...huhu harap2...
-
Pernah tgok tak "BET" kt plaza2 tol? saya sebenarnya tk pernah sblom ni. tapi, sejak saya dok cni bulan 6 ari tu, saya jadi 'a...
-
Dalam agama Islam dikenal empat buah kitab yang wajib kita percaya serta kita imani. Jumlah kitab suci sebenarnya tidak dijelaskan dalam Alq...
-
TATKALA kedudukan ekonomi Malaysia yang berada dalam keadaan yang tidak stabil, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dikatakan ...
No comments:
Post a Comment
☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆