Hari ni pagi pagi rasa macam nk makan roti canai. So, encik suami pagi2 dah pegi beli roti canai kt kedai mamak..hehe sesekali mkn roti canai best jugak kan. Pekena nescafe pulak tuh..huuu best ;-)
Tengahari saya ada kelas dan encik suami request nk makan nasi ayam. Sebenarnya dah lama dah dia ckp nk cuba makan nasi ayam kt dato' keramat tu. Selalu kalau lalu situ, mesti tgok org beratur panjang. Apa nama kedai tu, Nash Nasi Ayam. Mmg org beratur lah. Saya mmg tak pernah pun mkn kt situ. lalu mmg hari2 lalu tp singgahnya mmg tak pernah.
Bila dah hari2 lalu dan tgok orang mmg tak pernahnya nk takde (hari2 mesti orang beratur panjang beli nasi ayam). So, kami ni mmg expect nasi ayam dia special la kan. Keinginan untuk mencuba datang dan hari ni mmg hari terbaik sbb kami boleh singgah sebelum pegi kelas nun.
Bila masuk kedai, meja penuh, nasib baik meja besar ada, blasah la duduk je meja besar walaupun hanya berdua. Janji nk try nasi ayamnya kan. Sekali makan, nasi ayam macam tak best la bagi saya. tak tahu lah tekak saya ni rasa tak best tp encik suami pun ckp tak best. Tapi, saya begitu musykil kenapa ramai sgt org beratur tak pernah surut2 kt kedai dia ni??? apa yg specialnya? Encik suami ckp mungkin sbb harga dia murah sikit berbanding tempat lain.. ermmm mungkinkah sbb tu? bagi saya, rasa nasi ayam tadi tak sedap lah. Lagi satu kedai yg depan Esso tu lagi sedap kot (bagi sayalah). Tapi mungkin jugak bagi orang lain tempat tu sedap kot...
Kalau sape2 nk mencuba tak salah kot. Mungkin masa saya pergi tak sedap kot. Kedai ni betul2 depan masjid dato' keramat. sebelahan dgn pengilang dan pengedar keropok lekor terengganu tu..Selamat mencuba ya ;-)
No comments:
Post a Comment
☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆