SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Saturday, December 25, 2010

Kenapa kita berkahwin?

Kenapa agaknya kita kahwin? sebab dah gatal sgt ke? hihi. Sebenarnya berkahwin ada banyak hikmahnya:

* Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman

* Memelihara kesucian diri

* Melaksanakan tuntutan syariat

* Menjaga keturunan

* Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran
yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa
perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak
bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium
yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak

* Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab

* Dapat mengeratkan silaturahim.


Sebenarnya nikah ini sangat dituntut, kerana dalam pandangan Islam, perkahwinan merupakan ibadah qurbah (mendekatkan diri) kerana dengan perkahwinan seorang muslim akan mendapat ganjaran dan pahala dari Allah apabila perkahwinan itu dilakukan dengan niat kerana Allah dan ingin bertujuan untuk menjaga diri dari hal yang diharamkan oleh syariat.

“Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah” para sahabat pun bertanya, “wahai Rasulallah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu seksualnya (kepada isterinya) memperolehi pahala?” Nabi bertanya balik kepada sahabat, “Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu seksualnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa?” mereka menjawab “betul”. Kemudian Rasulullah bersabda, “Demikian juga ia menyalurkan pada tempat yang halal, maka ia akan memperolehi pahala.” Riwayat Muslim

Hadis ini cukup jelas menunjukkan bahawa perkahwinan itu merupakan ibadah. Bahkan Rasulullah pun berkahwin seharusnya sebagai umatnya kita juga perlu berkahwin kerana ia merupakan wasilah qurbah kepada Allah.

**Selamat pengantin baru kpd blogger Futari no seikatsu. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ;-)

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top