Dipetik daripada blog : http://laman-seri.blogspot.com/
Mari kita refresh langkah-langkah yang patut kita ambil serap dan jadikan amalan supaya kita tidak dilabel Melayu yang ‘layu’ :
1.Patuhi semua hak Allah SWT, berusahalah mentaati segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
2. Bersyukur terhadap segala nikmat kurniaan Allah.
3. Melakukan solat berjemaah di masjid/surau atau bersama keluarga.
4. Bersedekah kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.
5. Menepati setiap janji yang dibuat.
6. Berusaha menambah ilmu yang ada dan mewujudkan suasana belajar di dalam rumah.
7. Sentiasa memainkan peranan sebagai suami – ketua keluarga, sahabat, penasihat, kekasih, pendengar, pendidik.
8. Memanggil isteri dengan panggilan manja yang disukainya.
9. Memberi hadiah pada hari-hari istimewa buat isteri.
10. Memahami karenah isteri dan banyak bersabar.
11. Memahami kehendak dan pengharapan isteri tanpa perlu disebut-sebut oleh isteri
12. Bergurau senda dengan isteri.
13. Sentiasa berhubung dengan isteri tanpa mengira tempat dan masa.
14. Mendidik isteri secara berhikmah dan penuh kasih sayang.
15. Memaafkan isteri dan orang lain setiap malam sebelum tidur.
16. Mendoakan isteri setiap masa.
17. Melakukan kerja-kerja rumahtangga bagi membantu meringankan beban isteri, tetapi tidak menjadi suami yang di‘queen-controlled’.
18. Memandang isteri dengan lemah lembut, senyuman dan kata-kata yang manis.
19. Sentiasa mengamalkan makan bersama isteri apabila ada kesempatan.
20. Melakukan riadah bersama isteri dan sekali-sekala mandi bersama.
21. Sentiasa memberi kata-kata positif sebagai perangsang kepada isteri
22. Menjauhi perbuatan bertegang leher dengan isteri, sebaliknya mengalahlah bagi perkara yang harus.
23. Menjadikan al-Quran sebagai teman dan mengajak isteri untuk bersama-sama membaca dan menghayati isi kandungan al-Quran
24. Segala masalah yang brelaku dalam rumahtangga diselesaikan secara bersama.
25. Mengadu kepada Allah dalam menghadapi masalah, ketakutan dan kesakitan.
26. Sentiasa mengamalkan solat sunat Dhuha.
27. Menjauhi perasaan buruk sangka terhadap isteri kerana sangkaan itu satu doa.
28. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan.
29. Bergaul dengan orang yang baik-baik dan berilmu.
30. Sentiasa melakukan taubat, istighfar, bersedekah, meminta maaf dan memaafkan orang lain.
31. Mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa. Dosa kecil yang diulang-ulang (berterusan melakukannya) akan manjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.
32. Tidak membenarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga.
Saya sedar, cadangan di atas berkisar untuk lelaki. Ya, sebab ia berkaitan dengan entry Benarkah lelaki Melayu ‘layu’?. Mengapa lelaki sahaja?
SEBAB :
QS4:34 Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita. Jika pemimpin tak lurus, bagaimana anda mengharapkan yang fitrahnya ‘bengkok’ akan lurus?
Formula kehidupan ini telah ditetapkan Allah. Perempuan baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk perempuan yang baik. Kalau kita hendak perempuan menjadi baik, lelaki perlu baik terlebih dahulu, kerana baik atau buruk seorang perempuan itu adalah bergantung kepada kaum lelaki sendiri. Bukankah fitrah perempuan mengikut jejak langkah lelaki? Perempuan dipengaruhi keadaan lelaki. Pemikiran, budaya dan tindak-tanduk dipengaruhi lelaki...
QS66:6 Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
Friday, July 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramai jugak yang baca entry ni.....
-
Entry kali ni mengenai jerawat yang semakin menjadi jadi... uwaaaaa dah la majlis dah tak lama.. so worried about my jerawat la! mmg lately ...
-
Tgahari td aku men'design'kan baju kebaya yg akan ditempah untuk majlis bertandang nanti... ermmm aku blom tempah lagi...huhu harap2...
-
Pernah tgok tak "BET" kt plaza2 tol? saya sebenarnya tk pernah sblom ni. tapi, sejak saya dok cni bulan 6 ari tu, saya jadi 'a...
-
Dalam agama Islam dikenal empat buah kitab yang wajib kita percaya serta kita imani. Jumlah kitab suci sebenarnya tidak dijelaskan dalam Alq...
-
TATKALA kedudukan ekonomi Malaysia yang berada dalam keadaan yang tidak stabil, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dikatakan ...
No comments:
Post a Comment
☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆