Entry berkaitan period. Ya period org perempuan.
Ni first time period selepas kawin. Huhuhu sgt menguji, okay? Kenapa I ckp sgt menguji? ya sbb sgt2 luar biasa sakitnya dan sgt lama/awal. Sakitnya dari last week hari jumaat sampai hari rabu baru period.. huhu bayangkan la mcmne. Nk demam pon ada. Tapi semalam mmg rasa mcm demam dibuatnya ;/
Kenapa eh? perubahan hormon ke? kenapa lepas kawin jd mcm tu? ermmmm mungkin hormon baru nk sesuaikan diri...hehehe pandai2 jek ;p
Emosi pon tak stabil last week. Asyik nk terasa dan kecik hati jer selalu..huhu. menyakitkan hati sendiri apatah lagi hati org terdekat, kan? hihi ;p
Jom tambah pengetahuan mengenai HAID/PERIOD;
Dalam beberapa hari sebulan, kamu mungkin rasa sedikit kembung dan moody. Ini menandakan permulaan kitaran haid kamu, iaitu apabila period tiba. Bagi kebanyakan wanita, ia berlaku pada setiap bulan. Ia mungkin tidak terlalu kerap bagi sesetengah wanita yang lain.
Berapa lamakah satu Kitaran Haid?
Biasanya ia akan berpanjangan sehingga 28 hari tetapi ia bergantung kepada individu tertentu. Kamu boleh menganggap kitaran yang 21 hingga 35 hari sebagai normal. Hari pertama kitaran bermula merupakan hari pertama kamu datang haid. Ia akan berakhir sebelum haid kamu yang seterusnya bermula.
Apakah yang terjadi setiap bulan semasa kitaran?
Setiap bulan, selepas penghujung period kamu, otak kamu akan menghantarkan signal kepada telur yang disimpan di dalam ovari, untuk memberitahunya agar mula berkembang. Antara beratus-ratus telur yang disimpan di dalam ovari, hanya satu yang akan dibebaskan setiap bulan. Telur ini kemudiannya bergerak masuk ke tiub fallopio di mana ia menunggu untuk bersatu dengan sperma. Proses ini dipanggil persenyawaan. Sekiranya persenyawaan berlaku, maka terjadilah kehamilan. Jika tiada persenyawaan, telur itu akan pecah.
Pada masa telur bergerak melalui tiub fallopio, lapisan uterus kamu sedang disediakan oleh ovari sekiranya berlaku sebarang kehamilan. Hormon yang dibebaskan oleh ovari kemudian menebalkan lapisan uterus dan meningkatkan bilangan dan saiz pembuluh darah bagi menyediakan uterus untuk telur yang telah disenyawakan. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, lapisan uterus yang tebal ini akan runtuh. Period kamu akan bermula apabila lapisan yang telah pecah ini melalui serviks kamu dan terus ke vagina.
Thursday, June 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramai jugak yang baca entry ni.....
-
Entry kali ni mengenai jerawat yang semakin menjadi jadi... uwaaaaa dah la majlis dah tak lama.. so worried about my jerawat la! mmg lately ...
-
Tgahari td aku men'design'kan baju kebaya yg akan ditempah untuk majlis bertandang nanti... ermmm aku blom tempah lagi...huhu harap2...
-
Pernah tgok tak "BET" kt plaza2 tol? saya sebenarnya tk pernah sblom ni. tapi, sejak saya dok cni bulan 6 ari tu, saya jadi 'a...
-
Dalam agama Islam dikenal empat buah kitab yang wajib kita percaya serta kita imani. Jumlah kitab suci sebenarnya tidak dijelaskan dalam Alq...
-
TATKALA kedudukan ekonomi Malaysia yang berada dalam keadaan yang tidak stabil, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dikatakan ...
No comments:
Post a Comment
☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆