Thursday, June 3, 2010
Hati seorang ibu
Betul kata orang seorang ibu sanggup dan boleh menjaga anak anaknya yang mungkin 10 atau 12 orang. Tetapi seorang anak belom tentu dapat menjaga ibu yang seorang itu. Eh apsal pagi pagi nih emo tak tentu pasal? Entah la ek tiba tiba teringat pengorbanan ibu.
Last 2 days ada baca blog someone, cerita pasal seorang ibu mengadu mengenai dia bekerja tetapi tidak dinaikkan pangkat sbb org disekelilingnya kaki ampu. Si ibu ni dah nk pencen. Si ibu ni mengadu kt organisasi beliau, byak kaki ampu dan menyebabkan bos dia tak nmpak apa kerja yg dia buat. Dan seseorang (mungkin seorang penceramah, i pon x sure dlm cerita dia) bertanyakan mengenai anak2 beliau yg sememangnya berjaya dlm career masing2. Ada yg jd doktor, yg jd lawyer, jd engineer dan mcm2 lagi. Dipendekkan cerita, (ulasan yg i paham dr cerita beliau), Tuhan itu Maha Adil. Dia akan memberi dan membalas apa yg kita buat dan kita doakan(doa seorang ibu mmg makbul), tetapi kdg2 kita mmg alpa, tak tahu pon berterima kasih kepadaNya. Malah kita mengeluh sbb kita tak nampak rahmat yang diturunkan untuk kita. Berbalik kpd cerita ibu td, nampak tak rahmat (balasan) Tuhan yg diberi kepada ibu tersebut? Tuhan bg dia anak2 yg berjaya mungkin sbg balasan dia bekerja dgn ikhlas tanpa membodek/mengampu bos.
Ulasan untuk difikir fikirkan;
Sekiranya kita memandu kereta di jln yg jem. Ada kereta sebelah kiri kita memberi signal untuk masuk ke lorong kita. Tiba2 kita terbuka hati nk bg dia masuk lorong kita (sbb Tuhan yg buka hati kita). Adakah kita mengharap dia membalas budi kita tersebut? (sepatutnya kita tak perlu mengharapkan balasan bila kita berbudi atau memberi). Sbbnya kereta tadi dah pastinya dah jalan kt depan kita, mungkin dah jauh ke depan..
Dan bila beberapa minit kemudian, kita pulak yg terdetik nak masuk lorong kanan, adakah kereta yg kita bg masuk td akan membalas budi kita td? Sudah pastinya tidak, kan? sbb dia dah hilang entah kemana. Pasti ada hamba allah yang akan bg kita masuk ke lorong kanan (iaitu hamba allah lain yg kita tak kenal dan kita belum pernah berbudi kepadanya langsung). Adakah dia jugak akan mengharapkan balasan?
Fikir fikir dan renung renungkan...
sama la situasi ibu bapa. mmg kita wajib berbakti kepada mereka. Itu mmg tanggungjawab kita sebagai anak. tetapi bila kita jadi ibubapa, kita mesti menunaikan tanggungjawab dgn ikhlas, tanpa mengharapkan balasan. 'Tanpa mengharapkan balasan' itulah sebenarnya ikhlas. Pasti Tuhan akan membalasnya.
Kadang2 kita tgok org buat jahat pada ibubapa diorang tapi diorang hidup senang(kaya raya), tapi hakikatnya kita tak pasti Tuhan akan uji dia dimana dan bila. Mungkin pada anak2 mereka. Macam2 ujian Allah yang kita tak sedar.
Nk sambung lagi nanti.. byak lg nk membebel nih... to b continue bz bz bz..
Labels:
Discussion n Tips,
Perihal kehidupanku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramai jugak yang baca entry ni.....
-
Entry kali ni mengenai jerawat yang semakin menjadi jadi... uwaaaaa dah la majlis dah tak lama.. so worried about my jerawat la! mmg lately ...
-
Tgahari td aku men'design'kan baju kebaya yg akan ditempah untuk majlis bertandang nanti... ermmm aku blom tempah lagi...huhu harap2...
-
Pernah tgok tak "BET" kt plaza2 tol? saya sebenarnya tk pernah sblom ni. tapi, sejak saya dok cni bulan 6 ari tu, saya jadi 'a...
-
Dalam agama Islam dikenal empat buah kitab yang wajib kita percaya serta kita imani. Jumlah kitab suci sebenarnya tidak dijelaskan dalam Alq...
-
TATKALA kedudukan ekonomi Malaysia yang berada dalam keadaan yang tidak stabil, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dikatakan ...
No comments:
Post a Comment
☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆